RESPONSE-ABILITY



NAMA   : RESPONSE-ABILITY
TARIKH  : 12-13 MAC 2011
HARI  : SABTU-AHAD (2H 1M)
YURAN PENYERTAAN : RM30.00
TEMPAT  : MASJID JAMEK AS-SOLIHIN,KG.KANCHONG DARAT BANTING


1.            PENGENALAN PROGRAM

Remaja masakini lebih terdedah dengan perubahan ketamadunan dunia moden. Maklumat yang disampaikan lebih mudah diperolehi dan mempengaruhi fikiran mereka. Jika golongan ini dibiarkan tanpa bimbingan,mereka pasti terbimbing dengan anasir luar yang pasti bukan seperti apa yang kita mahukan.

Dalam aspek mengurus perubahan alam kanak-kanak ke  alam lebih dewasa,para remaja adakalanya tidak mendapat pengetahuan yang tepat dalam mempraktikkannya. Dunia baru yang dihadapi,banyak mendorong mereka memilih sesuatu perkara tanpa mengetahui baik buruknya. Malah seringkali mereka tidak tahu apakah tanggungjawab yang sepatutnya dipikul dalam meneruskan alam yang lebih dewasa ini.

Di antara tanggungjawab Sebagai seorang muslim,tanggungjawab menunaikan solat adalah suatu kewajipan. Malangnya Dunia masakini menjadikan sesuatu kewajipan agama biasanya dipandang dari segi aqli dan bukan sekadar mentaati dalam melaksanakannya.

Sebagai seorang pelajar dan pekerja,pengurusan masa yang baik sebenarnya mampu membimbing individu melaksanakan urusan hariannya dengan lebih teratur dan mudah. Jika kebanyakan masa tidak diurus dengan baik,sebenarnya menjadikan seseorang individu sering kebosanan,melepak atau juga melakukan sesuatu aktiviti yang tidak berfaedah. Maka adalah perlu kita memberi pendedahan,bimbingan dan penerapan nilai yang baik untuk menanganinya.

Program RESPONSE-ABILITY  ini,antara lainnya bertujuan memberi pendedahan tentang bagaimana mengurus akil baligh(lelaki dan perempuan),tentang kaitan solat dan sains dari segi kesihatan,memberi tunjuk cara melaksanakan tanggungjawab berkaitan alam dewasa,melaksanakan ibadah solat yang betul serta menerapkan nilai tentang pengurusan masa dan melaksanakan tugasan mengikut pelan kerja yang dirancang.

<<  ANTARA KANDUNGAN  >>

TRUE MYSELF > CERITERA > A.B.C(Aqil Baligh Conclusion) >TEKA TEKI TEKUK > COMMUNITY ARENA > TERGODA vs MENGGODA > CINTA AL-QURAN > SOLAT&SAINS DAN BANYAK LAGI...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...