CERAMAH MOTIVASI


Assalamualaikum wbt.Sudah lama rasanya tidak menghantar posting dalam blog kami ini.Mungkin kesibukan kami membataskan berita tetapi tidak aktiviti kami.
Selamat datang dan terima kasih kepada pengunjung yang baru sahaja melawat blog rasmi kami ini.Baiklah,kali ini kami teruskan aktiviti terbaru kami dengan jemputan-jemputan ceramah motivasi peperiksaan dan kuliah-kuliah subuh.



Terbaru,kami telah di jemput untuk memberikan ceramah motivasi UPSR untuk Sek.Keb Presint 11,Putrajaya di Kem El-Azhar,Morib pada hari khamis 14 julai 2011.Alhamdulillah nampaknya pelajar-pelajar amat seronok melayan penceramah utama kami,Ust.Fitri.Tahniah kepada yang berjaya mendapat hadiah dari pihak kami.Terima kasih juga kepada guru-guru yang terlibat yang telah menjemput kami hari itu.


Seterusnya,pada keesokan harinya(15 julai 2011),kami dijemput mengetuai Solat maghrib,Majlis bacaan yasin dan solat isyak untuk PROGRAAM BACAAN YASSIN,QIYAMULAIL&MOTIVASI PSRA di SRA Telok Panglima Garang,Sijangkang,Banting Kuala Langat pula.Tahniah atas kehadiran ibubapa yang turut sama menjayakan majlis tersebut.

Keesokan hari kami juga dijemput mengimami Qiyamulail dan seterusnya Kuliah Subuh bertajuk:"Amalan Pelajar Muslim Cemerlang".Nampaknya penyampaian Penceramah utama kami:Ust.Fitri menyebabkan pelajar tidak duduk diam.Nampak mereka amat seronok melayan beliau.Tahniah juga buat yang berjaya mendapatkan hadiah.Ternyata walaupun tiada riadah pagi itu,kuliah subuh tersebut serba sedikit sudah cukup untuk meriadahkan mereka.
Selepas Kuliah berakhir,maka acarapun berakhir.Terima kasih tak terhingga buat pihak sekolah terutamanya Ust.sahar kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk melibatkan diri dengan majlis yang julung kali kami sertai ini.

Begitulah cerita terbaru kami AWE Crew sepanjang minggu lalu.Akan datang kami akan berprogram di SMK MERU,Klang bagi program KLINIK CINTA ALQURAN yang juga julung-julung kami anjurkan pada (selasa)26 julai 2011 ini.

Demi mencapaikan VISI kami "Menjadikan Setiap Saat berharga" dan MISI kami:"Menyampaikan ilmu Sedekat yang Boleh",kami komited mengkaji dan melaksana program bermutu dengan MOTTO:"We care You Learn".Terima kasih kerana mengikuti perkembangan kami,Jumpa lagi!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...