PROGRAM PEMANTAPAN SAHSIAH[FASA 1]


PENGENALAN
................................................................................
 Alhamdulillah.Setelah sekian lama tidak menjejakkan kaki berprogram di rumah-rumah amal,kali ini kami bercadang untuk mengadakannya sekali lagi.


Dengan berbekalkan 3jurulatih dan sedikit ilmu,kami mengikat perjanjian untuk mengadakan sebuah program kerohanian berjudul PROGRAM PEMANTAPAN SAHSIAH fasa pertama di rumah Amal Asnaf Al-Barakh,Olak lempit,Banting,Kuala Langat Selangor darul Ehsan.

....................................................................................................................................................................
<< HARI PERTAMA >>
....................................................................................................................................................................
Kami mulakan program pada jam 2.30petang dengan sesi taaruf dan taklimat ringkas sepanjang program oleh Jurulatih utama AWe | Akhi Muhd Fitri Shah. Seterusnya dimulai dengan slot Ice breaking dan mind setting. Setelah peserta yang seramai 35orang hangat dengan 'games' yang kami sajikan,slot diteruskan lagi dengan Slot Sunnah pengurusan masa yang juga kesemuanya dikelolai oleh Akhi Muhd Fitri Shah.


Kehangatan petang itu diteruskan lagi dengan penerangan dan tunjukcara Pembahagian najis serta tayangan video cara membersihkannya. Tidak cukup dengan itu,peserta disajikan lagi dengan sesi soaljawab dan LDK yang dikelolakan pula oleh Ukhti Shida dan Ukhti Roihan. Majlis hari itu disudahi dengan solat Asar dan doa penutup.
....................................................................................................................................................................

HARI KEDUA >>
................................................................................
Program kami mulakan dengan Solat sunat Dhuha dan penerangan ringkas kelebihan solat sunat Dhuha oleh Akhi Muhd Fitri Shah. Setelah itu diteruskan dengan Tahsin Fardhu Ain:Wuduk. Penerangan dan tunjukcara dikelolakan oleh Ukhti Shida dan ukhti Roihan diikuti praktikal wuduk dengan pembahagian kumpulan lelaki dan perempuan.

Setelah makan tengahari dan solat zuhur,amali praktikal mandi wajib pula diadakan. Hari kedua ini disudahi dengan slot Smart solat iaitu penerangan cara solat yang betul serta cara menegur imam,cara berimam dengan individu yang sedang solat bersendirian,cara solat makmum muwafiq dan masbuk dan semakan bacaan selepas wuduk dan doa qunut.
....................................................................................................................................................................
HARI KETIGA DAN KEEMPAT>>
....................................................................................................................................................................

Hari ketiga ini kami lewatkan sedikit masa bermula jam9.30pg. Dengan dimulai dengan solat sunat Dhuha,bacaan doa dan ikrar serta nyanyian Asmaul-Husna. Seterusnya diteruskan dengan slot sifat 20,para peserta mula mencari kebenaran tentang wujudnya Allah dan sifat-sifatnya. Dengan kefahaman mereka,para peserta mula mencari jalan untuk menerangkan bagaimanakah kewujudan Allah ini benar-benar mereka nampak dengan akal. Setelah itu,slot Asas Bacaan quran dijalankan.Peserta dapat mempelajari cara bacaan al-quran dan memperbaiki mutu bacaan mereka sebelum ini. Dengan dikelolai oleh ukhti shida,peserta diberi pendedahan tentang sifat mahmudah dan lawannya dalam slot Asas akhlak pula. Untuk penutup pagi itu,slot debat parlimen ayam dijalankan.

Kami teruskan program untuk hari ke3 dan 4 ini untuk bermalam di situ. Setelah berehat panjang ada sebelah petangnya,program diteruskan dengan program bacaan yasin dan tazkirah oleh Akhi Muhd Fitri Shah. setelah selesai menunaikan solat Isyak,kami teruskan dengan slot TERGODA vs MENGGODA yang dikelolakan bersama akhi Fitri dan Ukhti Roihan. Peserta diminta menerangkan bagaimana lelaki/perempuan tertarik dengan jantina berlainan dan apa yang mereka benci lelaki/perempuan lakukan kepada mereka. Pembentangan hangat malam itu di akhiri dengan slot ABC di bilik masing-masing.

Hari terakhir,setelah selesai menunaikan solat sunat Dhuha,kami teruskan dengan slot SIFAT20 sekali lagi dengan pengisian lebih hangat. Setelah itu,suasana dihangatkan lagi dengan penerangan slot ABC oleh ukhti shida dan ukhti Roihan sehingga zuhur.

Setelah solat zuhur,Akhi Fitri sekali lagi meneruskan pengisian rohani dengan slot Asas Quran dan semakan bacaan Al-Fatihah secara individu dan talaqqi.Setelah solat asar,program dihangatkan lagi dengan slot Asas Akhlak sekali lagi dengan penampilan para peserta melakonkan sifat-sifat mahmudah dan mazmumah. Mereka semua memang pandai berlakon,tidak kami sangka!Akhirnya majlis disudahi dengan majlis penutup dan penyampaian sijil oleh Pengarah Urusan AWe dan Pengurus RAA Al-Barakh:Pn.Norjia kaman.

Kami mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua penghuni atas kerjasama yang diberikan.InsyaAllah ada masanya,kami akan kembali lagi untuk projek tahun depan dalam fasa2.TAHNIAH SEMUA!^_^

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...