HARI PERTAMA (AHAD)
Alhamdulillah setelah kami mencuba,akhirnya..sampai juga di JORAN RIMBA,Sg.Tekala pada jam 8.00mlm.Setelah usai melaksanakan ibadah solat maghrib berjemaah dan tazkirah dari owner lokasi,program diteruskan dengan penempatan peserta membina khemah dan makan malam.Seterusnya setelah usai solat isyak,program diteruskan dengan slot ICE BREAKING/MIND SETTING oleh Akhi Fitri,kak Yan dan kak Husna.Setelah itu,peserta dibenarkan untuk masuk berehat dan tidur dan bersedia untuk program keesokan harinya....
HARI KEDUA (ISNIN)
Hari kedua dimulakan dengan melaksanakan ibadah solat subuh berjemaah.Setelah bersiap,peserta berkumpul di halaman surau untuk aktiviti riadah yang dikelolakan oleh Akhi Huzaifah dan syafie.Bersyukur kami kerana hari kedua ini cuaca sangat baik.Setelah peserta bersarapan pagi,slot EXPLORACE dijalankan di sekitar tapak kem.
keadaan tapak kem yang dikelilingi sungai,hutan dan kolam ikan sangat sesuai memberikan cabaran dalam slot ini.Kesungguhan peserta berusaha mendapatkan bahan bukti sangat memberansangkan.
No comments:
Post a Comment