TERHANGAT!


Peringatan: Sila klik Read More untuk mendaftar ^_^

Read more...

KEM KEPIMPINAN SUNNAH


TARIKH CADANGAN :2-3 MAC 2012
TEMPAT : SRA KG.MEDAN,BANTING,KUALA LANGAT SELANGOR

Read more...

HEBAHAN

HARI PERTAMA (AHAD)
Alhamdulillah setelah kami mencuba,akhirnya..sampai juga di JORAN RIMBA,Sg.Tekala pada jam 8.00mlm.Setelah usai melaksanakan ibadah solat maghrib berjemaah dan tazkirah dari owner lokasi,program diteruskan dengan penempatan peserta membina khemah dan makan malam.Seterusnya setelah usai solat isyak,program diteruskan dengan slot ICE BREAKING/MIND SETTING oleh Akhi Fitri,kak Yan dan kak Husna.Setelah itu,peserta dibenarkan untuk masuk berehat dan tidur dan bersedia untuk program keesokan harinya....
HARI KEDUA (ISNIN)
Hari kedua dimulakan dengan melaksanakan ibadah solat subuh berjemaah.Setelah bersiap,peserta berkumpul di halaman surau untuk aktiviti riadah yang dikelolakan oleh Akhi Huzaifah dan syafie.Bersyukur kami kerana hari kedua ini cuaca sangat baik.Setelah peserta bersarapan pagi,slot EXPLORACE dijalankan di sekitar tapak kem.

keadaan tapak kem yang dikelilingi sungai,hutan dan kolam ikan sangat sesuai memberikan cabaran dalam slot ini.Kesungguhan peserta berusaha mendapatkan bahan bukti sangat memberansangkan.

Read more...

PROGRAM PEMANTAPAN SAHSIAH[FASA 1]


PENGENALAN
................................................................................
 Alhamdulillah.Setelah sekian lama tidak menjejakkan kaki berprogram di rumah-rumah amal,kali ini kami bercadang untuk mengadakannya sekali lagi.


Dengan berbekalkan 3jurulatih dan sedikit ilmu,kami mengikat perjanjian untuk mengadakan sebuah program kerohanian berjudul PROGRAM PEMANTAPAN SAHSIAH fasa pertama di rumah Amal Asnaf Al-Barakh,Olak lempit,Banting,Kuala Langat Selangor darul Ehsan.

....................................................................................................................................................................
<< HARI PERTAMA >>
....................................................................................................................................................................
Kami mulakan program pada jam 2.30petang dengan sesi taaruf dan taklimat ringkas sepanjang program oleh Jurulatih utama AWe | Akhi Muhd Fitri Shah. Seterusnya dimulai dengan slot Ice breaking dan mind setting. Setelah peserta yang seramai 35orang hangat dengan 'games' yang kami sajikan,slot diteruskan lagi dengan Slot Sunnah pengurusan masa yang juga kesemuanya dikelolai oleh Akhi Muhd Fitri Shah.


Kehangatan petang itu diteruskan lagi dengan penerangan dan tunjukcara Pembahagian najis serta tayangan video cara membersihkannya. Tidak cukup dengan itu,peserta disajikan lagi dengan sesi soaljawab dan LDK yang dikelolakan pula oleh Ukhti Shida dan Ukhti Roihan. Majlis hari itu disudahi dengan solat Asar dan doa penutup.
....................................................................................................................................................................

HARI KEDUA >>
................................................................................
Program kami mulakan dengan Solat sunat Dhuha dan penerangan ringkas kelebihan solat sunat Dhuha oleh Akhi Muhd Fitri Shah. Setelah itu diteruskan dengan Tahsin Fardhu Ain:Wuduk. Penerangan dan tunjukcara dikelolakan oleh Ukhti Shida dan ukhti Roihan diikuti praktikal wuduk dengan pembahagian kumpulan lelaki dan perempuan.

Setelah makan tengahari dan solat zuhur,amali praktikal mandi wajib pula diadakan. Hari kedua ini disudahi dengan slot Smart solat iaitu penerangan cara solat yang betul serta cara menegur imam,cara berimam dengan individu yang sedang solat bersendirian,cara solat makmum muwafiq dan masbuk dan semakan bacaan selepas wuduk dan doa qunut.
....................................................................................................................................................................
HARI KETIGA DAN KEEMPAT>>
....................................................................................................................................................................

Hari ketiga ini kami lewatkan sedikit masa bermula jam9.30pg. Dengan dimulai dengan solat sunat Dhuha,bacaan doa dan ikrar serta nyanyian Asmaul-Husna. Seterusnya diteruskan dengan slot sifat 20,para peserta mula mencari kebenaran tentang wujudnya Allah dan sifat-sifatnya. Dengan kefahaman mereka,para peserta mula mencari jalan untuk menerangkan bagaimanakah kewujudan Allah ini benar-benar mereka nampak dengan akal. Setelah itu,slot Asas Bacaan quran dijalankan.Peserta dapat mempelajari cara bacaan al-quran dan memperbaiki mutu bacaan mereka sebelum ini. Dengan dikelolai oleh ukhti shida,peserta diberi pendedahan tentang sifat mahmudah dan lawannya dalam slot Asas akhlak pula. Untuk penutup pagi itu,slot debat parlimen ayam dijalankan.

Kami teruskan program untuk hari ke3 dan 4 ini untuk bermalam di situ. Setelah berehat panjang ada sebelah petangnya,program diteruskan dengan program bacaan yasin dan tazkirah oleh Akhi Muhd Fitri Shah. setelah selesai menunaikan solat Isyak,kami teruskan dengan slot TERGODA vs MENGGODA yang dikelolakan bersama akhi Fitri dan Ukhti Roihan. Peserta diminta menerangkan bagaimana lelaki/perempuan tertarik dengan jantina berlainan dan apa yang mereka benci lelaki/perempuan lakukan kepada mereka. Pembentangan hangat malam itu di akhiri dengan slot ABC di bilik masing-masing.

Hari terakhir,setelah selesai menunaikan solat sunat Dhuha,kami teruskan dengan slot SIFAT20 sekali lagi dengan pengisian lebih hangat. Setelah itu,suasana dihangatkan lagi dengan penerangan slot ABC oleh ukhti shida dan ukhti Roihan sehingga zuhur.

Setelah solat zuhur,Akhi Fitri sekali lagi meneruskan pengisian rohani dengan slot Asas Quran dan semakan bacaan Al-Fatihah secara individu dan talaqqi.Setelah solat asar,program dihangatkan lagi dengan slot Asas Akhlak sekali lagi dengan penampilan para peserta melakonkan sifat-sifat mahmudah dan mazmumah. Mereka semua memang pandai berlakon,tidak kami sangka!Akhirnya majlis disudahi dengan majlis penutup dan penyampaian sijil oleh Pengarah Urusan AWe dan Pengurus RAA Al-Barakh:Pn.Norjia kaman.

Kami mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua penghuni atas kerjasama yang diberikan.InsyaAllah ada masanya,kami akan kembali lagi untuk projek tahun depan dalam fasa2.TAHNIAH SEMUA!^_^

Read more...

DAURAH SYAKHSIAH AL-QURAN

img1: contoh Banner Program 







1.            PENGENALAN
Kebiasaannya,banyak program yang diadakan sempena musim cuti sekolah akhir tahun untuk semua golongan tidak kira kanak-kanak,remaja atau dewasa. Selain dapat mengisi masa lapang yang terluang,para peserta dapat menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran.

Namun,apa yang perlu ialah kita seharusnya bijak memilih program-program yang dapat membentuk jatidiri,kepercayaan,sahsiah dan pelbagai manfaat lainnya dan bukan sekadar program yang menyeronokkan atau melalaikan. Ini kerana sesetengah program tidak menitikberatkan soal pakaian dan solat.Ini adalah amat mendukacitakan kerana aspek agama adalah sesuatu yang perlu kita sendiri titikberatkan.

Apatahlagi program yang menganjurkan ilmu-ilmu salah atau sesat. Jadi,adalah perlu untuk kita memilih untuk menyertai program-program yang berlandaskan al-quran dan sunnah. Ini kerana sebagai seorang muslim,ilmu tentang keduanya haruslah diperkukuhkan demi menolak anasir-anasir yang boleh membawa kepada kekufuran dan kefasikan.
Program DAURAH SYAKHSIAH AL-QURAN ini,antara lainnya bertujuan memberi pendedahan tentang pembacaan Al-quran yang betul,penghayatan hadis-hadis amalan harian,menunjukcara panduan ibadah dan akhlak berpandukan al-quran dan menerapkan kepercayaan kepada sifat-sifat wajib bagi Allah dalam menjalani kehidupan seharian.

Read more...

CERAMAH MOTIVASI


Assalamualaikum wbt.Sudah lama rasanya tidak menghantar posting dalam blog kami ini.Mungkin kesibukan kami membataskan berita tetapi tidak aktiviti kami.
Selamat datang dan terima kasih kepada pengunjung yang baru sahaja melawat blog rasmi kami ini.Baiklah,kali ini kami teruskan aktiviti terbaru kami dengan jemputan-jemputan ceramah motivasi peperiksaan dan kuliah-kuliah subuh.



Terbaru,kami telah di jemput untuk memberikan ceramah motivasi UPSR untuk Sek.Keb Presint 11,Putrajaya di Kem El-Azhar,Morib pada hari khamis 14 julai 2011.Alhamdulillah nampaknya pelajar-pelajar amat seronok melayan penceramah utama kami,Ust.Fitri.Tahniah kepada yang berjaya mendapat hadiah dari pihak kami.Terima kasih juga kepada guru-guru yang terlibat yang telah menjemput kami hari itu.


Seterusnya,pada keesokan harinya(15 julai 2011),kami dijemput mengetuai Solat maghrib,Majlis bacaan yasin dan solat isyak untuk PROGRAAM BACAAN YASSIN,QIYAMULAIL&MOTIVASI PSRA di SRA Telok Panglima Garang,Sijangkang,Banting Kuala Langat pula.Tahniah atas kehadiran ibubapa yang turut sama menjayakan majlis tersebut.

Keesokan hari kami juga dijemput mengimami Qiyamulail dan seterusnya Kuliah Subuh bertajuk:"Amalan Pelajar Muslim Cemerlang".Nampaknya penyampaian Penceramah utama kami:Ust.Fitri menyebabkan pelajar tidak duduk diam.Nampak mereka amat seronok melayan beliau.Tahniah juga buat yang berjaya mendapatkan hadiah.Ternyata walaupun tiada riadah pagi itu,kuliah subuh tersebut serba sedikit sudah cukup untuk meriadahkan mereka.
Selepas Kuliah berakhir,maka acarapun berakhir.Terima kasih tak terhingga buat pihak sekolah terutamanya Ust.sahar kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk melibatkan diri dengan majlis yang julung kali kami sertai ini.

Begitulah cerita terbaru kami AWE Crew sepanjang minggu lalu.Akan datang kami akan berprogram di SMK MERU,Klang bagi program KLINIK CINTA ALQURAN yang juga julung-julung kami anjurkan pada (selasa)26 julai 2011 ini.

Demi mencapaikan VISI kami "Menjadikan Setiap Saat berharga" dan MISI kami:"Menyampaikan ilmu Sedekat yang Boleh",kami komited mengkaji dan melaksana program bermutu dengan MOTTO:"We care You Learn".Terima kasih kerana mengikuti perkembangan kami,Jumpa lagi!


Read more...

INTEGRITI MUMTAZ


     JATIDIRI adalah satu cabang utama INTEGRITI iaitu ciri-ciri yang mendorong kepada perlakuan baik dan positif. Maka jati diri adalah Aset paling berharga yang menjadi panduan diri dalam melaksanakan ibadah dan nilai murni dalam kehidupan bergelar insan. Jika Jati diri yang dipandu penuh nilai murni,maka akan lahirlah produk berkualiti yang sentiasa positif dan berwawasan. Begitulah jika sebaliknya akan melahirkan pelbagai masalah yang bukan sahaja melibatkan diri malah mempengaruhinya pada seluruh komuniti.





Remaja pula adalah aset utama dalam pembinaan ketamadunan sesuatu bangsa. Tamadun yang hendak dibina pula biarlah yang diredhai Allah s.w.t. Maka Pembinaan generasi ini adalah amat penting bagi menjamin lahirnya generasi yang mampu melonjakkan bangsa ke tahap cemerlang.
 Sekitar beberapa bulan yang lalu,kami bersepakat untuk membuat kerja-kerja amal.Jadi kami memilih untuk menziarah rumah-rumah anak yatim dan asnaf sekitar kuala langat ini.Ini adalah projek kedua selepas rumah anak yatim YPIN di Sg.Manggis.

Program INTEGRITI MUMTAZ ini merupakan program keagamaan+motivasi.  Program ini adalah satu program amal bersiri yang bertujuan memberi pendedahan,tunjuk cara dan penerapan nilai  pembangunan jati diri dan moral dalam komuniti pertama (anak yatim dan Asnaf).  

kami telah ber'kampung' selama 2H 1M di rumah anak yatim dan asnaf as-solihin,kg.kanchong Darat ini.Kami amat berbesar hati apabila anak-anak yatim ini kelihatan girang dan gembira dengan program yang kami laksanakan ini.Mudah-mudahan program-program seperti ini akan dapat berterusan. Terima Kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini.Budi baik kalian mudah-mudahan mendapat keberkatan dari Allah swt hendaknya.


 Program INTEGRITI MUMTAZ
RAAY AS-SOLIHIN,KG.KANCHONG DARAT
anjuran bersama Alfishahr world+ferqah Teams+RAAY As-solihin+RAAYDA Al-barakh telok datok
25-26 september 2010



Read more...

A.B.C (Aqil Baligh Conclusion)

Assalamualaikum wbt.Alhamdulillah akhirnya blog ini dapat juga kami siapkan.Salam Maal hijrah buat semua muslimin dan muslimat.Mudah-mudahan tahun baru 1432H ini menjadi tahun yang lebih baik dari sebelum ini.

Bermula tahun baru ini,kami telah mula menganjurkan program-program ilmiah,keagamaan,kesihatan,motivasi dan kem-kem.Memandangkan syarikat kami baru sahaja ditubuhkan,kami berharap agar mendapat banyak info-info terkini dan juga komen-komen membina demi memantopkan lagi visi dan misi kami di masa-masa akan datang.Kepada peserta-peserta yang telah menyertai program kami diucapkan ribuan terima kasih dan terus menyokong program yang bakal kami anjurkan selepas ini. Segala kelemahan dan kekurangan dari pihak kami kami pohon ampun dan maaf dan berilah komen-komen membina agar program akan datang lebih mendapat tempat di hati kalian.


Projek pertama kami awal tahun 1432H ini adalah program A.B.C(Aqil Baligh conclusion) yang telah berlangsung selama 3H 2M di Masjid Al-Firdaus,kg.sungai Rambai,jenjarom banting,kuala Langat Selangor.

Program 3H 2M ini antaranya mendedahkan tentang kaitan ibadah solat dan sains,pengurusan Aqil baligh(secara menyeluruh),penerokaan self esteem(nilai diri),motivasi diri,pengurusan stress dan pengurusan masa serta working plan.

Sebenarnya program ini adalah cetusan idea daripada YB Dr.Ahmad yunus b.Hairi,ADUN sijangkang dan kami telah realisasikan dalam projek pertama syarikat kami ini. Kami pasti masih banyak kekurangan dan kelemahan dalam program ini yang pasti akan kami perbetul dan membuat penaambah baikan di masa-masa akan datang.wasalam..


Read more...

SMART SOLAT siri II

 pendaftaran peserta at 9.00 pagi


Pada jun 2010 yg lalu,Masjid Jamiyyatul Islamiah kg.Medan telah mengadakan kem SMART SOLAT siri kedua yang telah diseliakan oleh staff Al-fishahr World bersama FERQAH TEAMS dan Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Langat.Kem ini difahamkan adalah siri kedua lanjutan daripada siri satu yg lepas.
kem kali ini menekankan peranan solat dalam kehidupan,tunjuk cara melaksanakan solat dengan betul,tahsin al-quran,penerapan nilai diri seorang muslim,ceramah-ceramah keagamaan,hafazan-hafazan surah-surah penting dan diselangi dengan psikologi games.
 Sesi ceramah tentang kehidupan seorang muslim telah disampaikan oleh Al-fadhil us.sharuddin.Ceramah yang berkisarkan tentang tanggungjawab seorang muslim tentang wuduk,solat dan sebagainya bertujuan mendidik peserta menyedari tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dan mencungkil rahsia-rahsia solat berjemaah untuk dipraktikkan oleh peserta dalam kehidupan sebenar nanti.

Di antara methodologi kem adalah sesi ceramah dan soal jawab,psikologi games,tayangan slideshow,LDK(latihan dalam kumpulan),PDK(permainan dalam kumpulan),simulasi,pembentangan kertas kerja dan persembahan peserta serta fasilitator yang berpengalaman.


 Pada sebelah malam diisikan dengan slot kuliah maghrib bertujuan menambah ilmu tentang motivasi diri.Juga diselitkan dengan tayangan slide video tentang kesalahan-kesalahan dalam mengerjakan solat. Video bertajuk QUNUT ini rupanya menarik minat para peserta kerana jenaka dan humor yg terkandung di dalamnya sedikit sebanyak membantu para peserta mengesan kesalahan-kesalahan dalam solat.



Seterusnya pada seblah pagi pula,seawal mungkin peserta bangun untuk menunaikan qiyamulail dan kuliah subuh yang telah di imami oleh Al-fadhil ustaz Salami b. Masri.

Di akhir majlis,kem ini telah disempurnakan perasmian penutup oleh Yang berbahgia YB Dr.ahmad Yunus b.Hairi selaku ADUN sijangkang dan disertai AJK masjid dan segelintir ibubapa.
Kesimpulannya kem ini telah berjalan dengan lancar sekali.Terima kasih atas semua yang terlibat sama-sama menjayakannya.Diharapkan program-program seperti ini dapat diteruskan demi memberi kefahaman dan ilmu yang berguna kepada para peserta khasnya dan komuniti muslimin sekeliling amnya.Insya-Allah.Wasalam


Read more...

KHEMAH IBADAH SIRI 1&2>>MASJID JOHAN SETIA

mak oi..ramainya..


bila semua berdiri..

barisan fasilitator yang menjayakan siri 1
3 perkara menguntungkan ialah..
Serentak pada hari yang sama dengan DAURAH di Masjid bt.9 Kg.Medan,kami juga dijemput untuk mengendalikan program KHEMAH IBADAT di Masjid Al-Hidayah,Johan Setia,Klang.Siri 1 telah berlangsung pada hujung tahun disember 2009 manakala siri kedua pada cuti sekolah Mac 2010.

Penyertaan bagi siri1 amat menggalakkan sekitar 180peserta manakala siri 2 sekitar 80peserta.Ini berkemungkinan cuti persekolahan pada siri 2 adalah amat terhad dan bertembung dengan aktiviti persekolahan.
u.muhd Nor yang best..


 Diantara Pengisian siri 1 lebih tertumpu kepada Solat,hafazan Al-quran dan ceramah-ceramah tentang hijrah dan kemauludan Rasulullah saw.Manakala pada siri ke2,kami menekankan tentang perkara yang merugi dan menguntungkan,pengurusan masa mengikut sunnah dan juga hafazan-hafzan surah lazim serta doa-doa selepas solat yang boleh dijadikan amalan dalam kehidupan.

barisan peserta dengan sijil masing-masing
Akhirnya,Terima kasih lagi kepada AJK dan semua yang terlibat menjayakan program ini.Tanpa kalian,mungkin program tidak berjalan lancar seperti ini.wassalam.


Read more...

PROGRAM KEISLAMAN LALU..

minum pagi


PROGRAM DAURAH KEFAHAMAN DAN PENGHAYATAN ISLAM >>JUN 2010
MASJID NURUL IMAN KG.BT10 KEBUN BHARU
42500 TELOK PANGLIMA GARANG
2MINGGU (SETIAP ISNIN-KHAMIS)
penerangan bab TAYAMMUM
masjid nurul iman,bt10








penerangan bab MANDI WAJIB



oleh saudari Umaimah salam


 KEM ANJAKAN PARADIGMA>>AKHIR JUN 2010
SURAU AL-IKHWAN,TMN SETIA,KG.JOHAN SETIA,KLANG
KEM 2H 1M




 PROGRAM USRAH IBADAH>>JUN 2010
MASJID AL-HIDAYAH,KG.JOHAN SETIA,KLANG
2MINGGU(SETIAP ISNIN-KHAMIS)
12.00TGHRI -5.00PTG







Ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang terlibat.Jasa baik tuan puan tak dapat kami balas.mudah-mudahan diberkati Allah hendaknya.AMIN.Wassalam

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...